Testimoni Review Client Far Capital Faizul Ridzuan

Far Capital sdn bhd atau Faizul Ridzuan adalah syarikat membeli rumah secara pukal.

Pukal bermaksud 50 unit atau 100 unit di bawah harga median. Contoh rumah harga RM500k, tapi Faizul letak deposit contoh RM1 juta dekat developer untuk client bawah Far Capital dapat beli RM350k berbanding pembeli biasa.

Faizul ada beritahu 7 kriteria yang company mereka akan beli.

Rumah cuma dibeli hanya di Lembah Klang dan Johor.

Rumah sebagai contoh di Pulau Pinang tidak dibeli sebab tak dapat nak sewa tinggi berbanding di KL atau Selangor.

Faizul juga manusia biasa dan biasa silap beli dulu sebab tidak ikut kriteria, sekarang sudah belajar dari kesilapan, maka kesilapan sama tidak sepatutnya berulang sebab sudah berpengalaman 15 tahun dalam membeli rumah.

Kalau anda nak beli untuk pelaburan, memang sesuai join client Far Capital, tapi kalau nak beli untuk duduk pun boleh ada juga dalam list projek Far Capital.


Rumah yang mereka beli:

1. Ikut 7 kriteria, (boleh join seminar Zoom untuk detail ini)

2. Rumah kondo, sebab rumah landed tak dapat sewa tinggi dan tak dapat kenaikan harga rumah tinggi.

3. Rumah di tier 1 dan 2 di Lembah Klang dan Johor yang ikut 7 kriteria.

4. Tidak akan sesekali beli hak orang lain seperti rumah kos rendah atau bantuan kerajaan.


Setiap orang ada 2 kuota pinjaman 90% rumah pertama dari bank. Rumah ketiga akan jadi 70%. Dengan jadi client Far Capital, mereka cadang beli rumah Houzkey yang mana rumah ni boleh beli atas nama adik beradik contoh yang berumur 18 tahun tanpa menjejaskan kuota 90% rumah pertama kita. Maka kita akan jadi guarantor untuk rumah itu. Apa yang menarik adalah client Far Capital dapat rebat, contohnya 2% dari nilai rumah, bermakna customer beli direct developer tak dapat offer ini. Duit ini akan guna untuk renovate rumah bagi disewakan dan akan dapat extra income. Ada banyak lagi nak cerita tentang Houzkey Maybank Rent To Own ini, tapi kalau berminat nak tahu lebih boleh komen.

Sekarang ada lagi baki 90% boleh beli lagi 2 rumah. Sebab tak nak bazir kuota 90% pertama, kita boleh beli dua buah rumah sekaligus untuk pertama kali. Kemudian ada lagi baki 90% untuk beli rumah keempat. Sebagai client Far Capital, terdapat juga tawaran rumah pinjaman 85% walaupun dua (2) kuota 90% pinjaman anda sudah habis, kalau di tempat lain dah jadi 70%, maka kena sedia modal 30% modal nak beli rumah.

Terdapat juga beli rumah tanpa modal, bermaksud anda dapat balik duit yang anda bayar deposit itu.

Sebagai client Far Capital, keahlian adalah seumur hidup, tak nak beli sekarang pun boleh, jadi CCTV saja tengok orang lain beli.

Sesi live di Facebook & Zoom ada hampir setiap hari dan ada staff lain akan bantu. Kalau nak direct cakap dengan Faizul Ridzuan pun boleh, ada sesi tiap-tiap minggu juga.

Tak nak beli rumah tapi nak promote jual rumah? Boleh tapi jadi client Far Capital, nanti promote kawan-kawan pun boleh dapat komisen tiap2 kali mereka beli rumah dalam senarai Far Capital.

Far Capital tak akan kongsi senarai rumah pada public sebab harga yang mereka beli dan harga yang developer jual tak sama sebab mereka beli secara pukal. 

Minima cadangan untuk join client Far Capital adalah gaji RM3.5k sebab rumah yang dibeli bukan rumah hak orang lain yang kos rendah, jadi sesuai dengan harga. Tapi kalau tak ada gaji atau student pun boleh saja, nanti boleh buat duit dengan hustler program Far Capital tanpa beli rumah, yg penting join Far Capital.

Untuk business owner dan pendapatan oversea pun boleh join walaupun tak banyak pilihan, berbanding yang bekerja swasta yang ada slip gaji. Kalau bekerja kerajaan lagi banyak untung join Far Capital sebab ada LPPSA untuk pinjaman penjawat awam tambah lagi dengan baki 2 kuota 90% pinjaman.

Perkara yang banyak ditekan oleh client Far Capital adalah nak tambah Loan Eligibility atau nak tambah kelayakan pinjaman. Contoh sekarang layak pinjam 200k saja, tapi ada cara untuk naikkan ke 500k sebagai contoh. Sebab nak maximakan pinjaman yang kuota 90% itu.

Kebanyakan yang jadi pelanggan nak buat duit extra dengan memiliki rumah di tempat lain yang ada positif cash flow, tapi mereka sendiri duduk rumah sewa tempat masing-masing yang murah.

Kalau anda ada beli rumah duduk sendiri kena bayar bulan-bulan RM2k, berbanding anda sewa RM1.5k, mana anda pilih? Beli rumah lain yang boleh bagi anda income tambahan, anda duduk di tempat lain, itu lebih untung. Sebab Far Capital akan buat sewa by bilik, yang mana kalau anda sewa satu tuan anda dapat sikit berbanding pecah 3 boleh maksimakan untung. Jadi, sewa banyak-banyak adakah ini ambil hak orang lain? Tidak, sebab kini dengan RM500 mereka yang menyewa sudah dapat sewa bilik sebagai contoh, berbanding mereka perlu bayar sekaligus RM1.5k untuk sewa sebuah rumah yang mana 7 kriteria dekat dengan kemudahan dan tempat kerja.


Beza sewa biasa dengan pakej co-living:

  • Fully Furnish
  • Coliving Events
  • Coworking Space
  • Zero Deposit
  • On-site Support
  • Side Income
  • Owning A House
Pelanggan ditapis terlebih dahulu?

Mula-mula saya ingat ramai yang boleh beli terus, tapi tidak, semua pelanggan kena tapis dulu seminggu profile kelayakan pinjaman. Ada yang kena buat skim kurangkan hutang dahulu baru boleh beli rumah sebab ada yang sedia ada dengan komitmen pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman ASB dan sebagainya yang mana ada jenis rumah tertentu mereka boleh beli untuk langsaikan hutang-hutang lapuk ini macam contoh sekarang komitmen RM3k sebulan, tapi dengan sebab beli rumah ini hutang komitmen jadi RM1k sebulan.

Adakah rugi jadi client RM800 ini dan bulanan RM80?
Bagi saya, kalau nak beli rumah yang komitmen sepanjang hidup kita ini sampai 35 tahun, apa salahnya belanja RM800 sebelum rugi lebih. 

Step pertama dah bayar RM800 kena sedia dokumen macam statement bank, CCRIS, CTOS dan lengkapkan borang kalkulator kelayakan kemudian mereka ambil masa seminggu lebih untuk semak dan keluarkan keputusan. Ini servis unlimited yang mereka tawarkan, anda boleh tahu kelayakan anda di mata pihak bank. Anda jangan ingat anda kerja tetap dan ada buat pendapatan sampingan bank akan terima, di mata bank tak sama. Mereka boleh beritahu apa yang anda buat itu bank terima atau tidak untuk naikkan nilai loan yang anda boleh pinjam, kalau tambahan RM400 pendapatan boleh pinjam 100k, tapi ada pengiraan di mata bank yang mana mereka terima.

Anda boleh sembang dengan staf mereka untuk cadangan, contoh saya nak beli rumah tanpa modal. Atau saya nak beli rumah untuk selesaikan hutang saya menjadi komitmen bulanan rendah. Mereka boleh cadangkan berdasarkan portfolio anda atau modal yang anda ada sama ada beli rumah sekian sekian, atau mereka terus terang cakap perlu tunggu dulu. Tidak perlu tergesa-gesa sebab masing-masing ada komitmen tersendiri.


Apa yang saya lihat customer lain Far Capital ini sepanjang join seminar tiap-tiap minggu?

  • Ramai nak tambah loan eligibility, iaitu nak tambah kelayakan beli rumah yang bernilai tinggi
  • Nak beli rumah banyak-banyak untuk jual masa krisis ekonomi tamat dalam 3-5 tahun lagi.
  • Tak nak beli rumah untuk duduk sendiri, tapi beli rumah untuk disewakan.
  • Ramai nak duduk rumah sewa di kawasan masing-masing tapi beli rumah di Far Capital untuk sewakan.
  • Nak selesaikan hutang jahat, ada yang komitmen sebulan RM4k, sebab beli rumah dapat cashback ini, hutang habis langsai, tinggal komitmen bulanan RM1k saja.
  • Loan ASB kita akan rasa rugi, ramai nak cancel sebab nak tambah loan eligibility.
  • Nak jadi ejen jual rumah dapat komisen sebab join client Far Capital.
  • Rasa bebas sebab semua urusan sewa bilik diuruskan oleh Far Capital tanpa kita susah payah cari penyewa atau layan karenah penyewa dari neraka dan sebagainya.

Sebab saya ajak anda join Far Capital
  • Yuran keahlian pendaftaran RM800 adalah seumur hidup, bulanan RM80, tak nak beli rumah sekarang, bila-bila dah yakin pun boleh. (memang ada saya jumpa dalam Zoom, dah join lama, tapi kali ni baru tergerak niat nak beli.)
  • Ada guarantee money back.
  • Khidmat nasihat melalui Zoom hampir setiap hari ada, boleh tanya banyak-banyak kali.
  • Ada screening loan eligibility unlimited iaitu kita boleh check kelayakan pinjaman kita banyak kali, contoh kalau cancel ASB loan, banyak mana nilai RM rumah yang kita boleh beli.
  • Ada khidmat nasihat untuk langsaikan hutang jahat dan komitmen anda bulanan jadi rendah, kemudian boleh beli rumah selepas berjaya buat debt consolidation (yang ini kat luar ada pihak yang caj 1% nilai rumah yang customer nak beli tu selepas berjaya khidmat nasihat kurangkan hutang untuk berjaya beli rumah idaman.)
  • Saya sebagai usahawan, susah nak buat pinjaman dengan bank sebab ada kriteria yang mereka nak lihat, tapi Far Capital ada panduan tersendiri untuk dapatkan pinjaman.
  • Umur bukan penghalang, 18 tahun boleh beli, 55 tahun pun masih digalakkan beli.
  • Kalau anda belum cukup gaji RM3.5k boleh belajar dulu, sebab keahlian seumur hidup, ilmu tak rugi walaupun kena bayar untuk jadi ahli.

Ada juga customer client Far Capital yang tak nak tukar kereta Myvi walaupun ada berbelas rumah, sebab nak bagi kelayakan loan habis maksimum tidak kacau, untuk mendapatkan kuasa beli rumah yang lebih tinggi.

Paling mudah contoh adalah: 
anda ada gaji, 
anda nak tambah duit, 
beli saja rumah yang dalam list Far Capital, mereka siap 
kaji detail harga rumah di kawasan rumah itu (dah tentu murah berbanding jiran), 
dah kaji sewa di situ harga berapa, 
dah beritahu risiko atau worst case scenario kalau beli rumah tu, siap renovate rumah dan decorate rumah dan siap cari penyewa serta buat cleaning, bukan setakat bilik boleh sewa, kuota parking yang lebih pun boleh buat sewa semuanya adalah untuk maksimumkan untung kita. 

Dah tentu ada caj bulanan untuk uruskan sewa rumah itu, tapi semua ini tak peningkan kepala kita nak fikir macam-macam dan kita boleh fokus dengan kerja hakiki kita. Kalau nak kaji sendiri rumah atau nak uruskan sendiri, saya rasa banyak masa diambil nak kaji dan yakinkah kita dapat diskaun 20k-50k macam Far Capital dapat sebab mereka beli secara pukal? 
Yakinkah kita tak buat silap macam Faizul biasa jadi sebelum-sebelum ni? 
Paling simple tak tahu nak beli apa; join sesi Zoom selepas join client Far Capital, taip kat situ nanti berapa kelayakan loan anda dan nanti Faizul akan rekomen projek rumah mana yang sesuai untuk anda. 
Macam Trivago, tapi memang betul, join Far Capital boleh pilih macam ini.

Untuk dapat penerangan Zoom setiap Ahad 9pm boleh isi borang ini.

EMEL saya: 

hartanah@pja.my 

https://client.farcapital.com.my/registration?client_id=FARB-112

Special jika join guna link ini, sila emel kepada saya utk saya bagi lagi extra hadiah RM100 jika anda berjaya daftar guna rujukan saya.